Cinta kepada Rasulullah SAW bererti cinta kepada ALLAH SWT..

Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah...kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa...
ku pujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa cinta membara di dalam pujian ucapan selawat tanda penghargaan seorang umat..
Selagi upaya ku turut ajarannya apa terdaya ku amalkan sunnahnya moga didunia mendapat berkat diakhirat sana beroleh syafaat..
kerana peribadinya aku terpesona, kerana budinya aku jatuh cinta, rinduku padanya tiada terkata nantikanlah daku di taman syurga..
YA RASULULLAH SAW....
Sesungguhnya apa yang ku dambakan adalah cinta Allah yang esa kerana cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada ALLAH..